Ikuti Kami:

Ada Iras Jun Somin & Sulli, Ramai Puji Lakonan Lee Yoomi Dalam ‘Squid Game’ Meski Babak Pendek

Ada Iras Jun Somin & Sulli, Ramai Puji Lakonan Lee Yoomi Dalam ‘Squid Game’ Meski Babak Pendek

Selepas berlakon dalam “Squid Game”, ternyata ramai pelakon yang mula disebut ramai dan menjadi popular dalam sekelip mata.

Antara daripada mereka ialah Lee Yoo-mi yang membawa watak Ji-young. Meskipun hanya muncul sebentar namun wataknya yang emo namun menyimpan luka yang dalam berjaya meruntun hati penonton sehingga ke ahirnya.

Rata-rata penonton mengatakan bahawa Lee Yoo-mi menyerupai beberapa pelakon kerana wajahnya yang unik. Antara yang paling banyak disebut ialah Jun So-min dan mendiang Sulli. Tak kurang juga yang mengatakan dia ada iras Lee Sung-kyung dan juga Chun Won-hee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이유미 (@leeyoum262)

Disebabkan menjadi bualan ramai, pengikut Instagram Lee Yoo-mi yang pada asalnya hanyalah 43,000 meningkat mendadak kepada 473,000 orang kini. Hebat!lee yoomiKebanyakan daripada komen yang ditinggalkan juga berharap agar wanita ini akan terus berlakon dengan lebih banyak selepas ini memandangkan bakatnya yang baik. Bahkan dia mampu meninggalkan impak menerusi watak Ji-young walaupun sekejap sahaja babaknya.

Kalau anda nak tahu, wanita berusia 27 tahun ini sebenarnya sudah berlakon dalam pelbagai naskhah sejak 10 tahun yang lalu. Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah, “365: Repeat The Year”, “Doctor John”, “Miss Hammurabi”, “Welcome To Waikiki”, “20th Century Boy And Girl” dan banyak lagi.

Semoga Lee Yoo-mi terus sukses!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...