Utama Gossip Dikecam Langgar Bahu IU Di Karpet Merah Bagi Raih Perhatian, Influencer Perancis...

Dikecam Langgar Bahu IU Di Karpet Merah Bagi Raih Perhatian, Influencer Perancis Mohon Maaf

maria travel iu

Baru-baru ini, IU telah ke Festival Filem Cannes ke-75 bagi mempromosikan filem “Broker” yang dipilih untuk ditayang di sana.

Meskipun berbangga dengan pencapaian baru penyanyi itu, satu insiden tidak disangka melibatkannya dan seorang pengaruh media sosial dari Perancis telah menjadi buah mulut ramai.

Semasa sedang berjalan di karpet merah, Maria Travel dilihat menonong jalan ke hadapan dan melanggar IU di bahunya. Kejadian berkenaan yang ditangkap oleh kamera siaran langsung mula tular dan menyebabkan wanita tinggi lampai itu dibanjiri dengan pelbagai kritikan kerana tidak memohon maaf selepas pelanggaran itu.

Tak lama kemudian, Maria dilihat memuat naik permohonan maaf di media sosial miliknya,

Saya ingin memohon maaf buat pelakon Korea, Lee Ji-eun. Saya tersilap menolaknya semasa di karpet merah. Tak mungkin saya mahu melakukan hal itu buat dia ataupun orang lain.

maria travel iu

Tetapi, tak lama selepas video permohonan maaf itu, Maria telah memuat naik video Instagram Reel dengan kapsyen,

Momen yang indah bersama IU dari filem ‘Broker’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MARIA 🧿 TRAVEL (@mariartravel)

Malah pengaruh media sosial itu telah menggunakan lagu ‘Heart’ dari IU sebagai muzik latar dan turut meletakkan tag akaun penyanyi tersebut.

Disebabkan hal tersebut, ramai yang menebak bahawa Maria Travel sengaja menggunakan insiden tersebut untuk meraih perhatian.

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERChosun Ilbo
Loading...