Ikuti Kami:

Dikecam Dek Buat Imej Jururawat Nampak Seksual, Babak Libat Jennie Dalam MV ‘Lovesick Girls’ Dipadam

Dikecam Dek Buat Imej Jururawat Nampak Seksual, Babak Libat Jennie Dalam MV ‘Lovesick Girls’ Dipadam

Baru sahaja meriliskan album penuh pertama, BLACKPINK terpalit pula dengan sebuah kontroversi yang tidak dijangka.

Hal ini bermula apabila Persatuan Buruh Kesihatan Dan Perubatan Korea meluahkan rasa kesal kerana uniform jururawat yang disarungkan Jennie dalam video muzik “Lovesick Girls” mempunyai unsur seksual dan lari daripada imej normal profesion tersebut.

Menurut mereka, setelah sekian lama cuba membanteras isu ini namun YG Entertainment sepertinya memburukkan lagi keadaan kerana mengobjektifikasikan wanita dan pekerjaan jururawat menerusi uniform yang singkat, ketat selain berkasut tumit tinggi itu.

Agensi BLACKPINK itu kemudiannya memahami situasi yang berbangkit namun menjelaskan bahawa babak Jennie sebagai pesakit dan jururawat dalam masa yang sama itu adalah untuk mengekspresikan lirik, “Tiada doktor yang boleh menyelamatkan saya apabila sedang dilamun cinta.”

jennie jururawat dipersoal

Pun begitu, pada 7 Oktober, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan baru dan mendedahkan bahawa mereka akan menyunting semula video muzik tersebut bagi memadam babak yang memaparkan uniform jururawat itu.

Kami membuat keputusan untuk memadam kesemua babak yang melibatkan uniform jururawat tersebut dalam video muzik tersebut dan akan menggantikannya dengan versi yang sudah disunting secepat mungkin.

Kami mengambil masa yang lama untuk menyediakan video muzik ini dan kami tidak sangka kontroversi seperti ini akan melanda kerana tiada niat lain disebaliknya. Kami berasa bertanggungjawab terhadap perkara ini dan memohon maaf kepada semua jururawat yang berasa terganggu disebabkannya.

Harap semua yang berasa tidak selesa lega dengan keputusan YG Entertainment ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...