Ikuti Kami:

Persatuan Perubatan & Kesihatan Korea Kritik Imej Seksual Jururawat Dalam MV BLACKPINK ‘Lovesick Girls’, Ini Respons Agensi

Persatuan Perubatan & Kesihatan Korea Kritik Imej Seksual Jururawat Dalam MV BLACKPINK ‘Lovesick Girls’, Ini Respons Agensi

Baru sahaja meriliskan album penuh “The Album”, kumpulan BLACKPINK terpalit dengan satu kontroversi apabila ada pihak yang mempersoalkan video muzik “Lovesick Girls”.

Pada 5 Oktober, Persatuan Buruh Perubatan Dan Kesihatan Korea meluahkan bahawa pemakaian Jennie dalam uniform jururawat adalah salah dan menyebabkan tanggapan dan stereotaip yang tidak menyenangkan buat mereka.

Di dalam video muzik “Lovesick Girls” kumpulan BLACKPINK, salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dilihat telah tampil dengan memakai uniform jururawat. Topi, uniform yang ketat, skirt pendek dan kasut bertumit tinggi adalah sangat berlainan dengan uniform jururawat yang sebenar. Pakaian tersebut secara tak langsung telah menggambarkan stereotaip berbaur seksual dan berselindung disebalik alasan ‘ia hanyalah kostum’.

Meskipun jururawat adalah kakitangan kesihatan profesional, disebabkan majoriti daripadanya adalah wanita, mereka sering menjadi subjek objektifikasi seksual dan pandangan yang rendah sehingga membuatkan ramai yang mempersoalkan tahap profesional mereka. Para jururawat sudah lama cuba melawan dan mengubah persepsi ini, tambahan pula, perbincangan mengenai hak wanita semakin aktif dalam tahun 2020. Namun YG Entertainment telah memaparkan imej jururawat sebagai sesuatu yang seksual dalam video muzik BLACKPINK. Malah video tersebut telah meraih 100 juta tontonan dalam masa tiga hari sahaja.

Dalam hospital sebenar, bukan dalam media, jururawat kini sedang bertarung sebagai barisan hadapan untuk menangani COVID-19 dan mengambil risiko untuk dijangkiti demi keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat. Meskipun jururawat kini dipandang lebih tinggi namun masih ada yang memanggil mereka dengan panggilan ‘Hey’ atau ‘Cik’ dan melempiaskan stres kepada mereka selain menggunakan kuasa sewenangnya. Tak cukup dengan itu, jururawat adalah pekerja kesihatan yang paling banyak terdedah kepada penderaan seksual. Sekiranya media berterusan memaparkan imej yang salah mengenai jururawat, situasi sebegini akan menjadi lebih teruk.

Selepas video muzik tersebut diriliskan, tanda pagar seperti #jururawatbukankostum, #berhenti_menseksualkan_jururawat dan #jururawat_ialah_satu_profesion telah trending di serata media sosial. Objektifikasi seksual terhadap sesuatu kerjaya yang majoritinya adalah wanita sudah sekian lama berlaku dan ini bukanlah sekadar suara minoriti dalam ruang atas talian.

Persatuan Buruh Perubatan Dan Kesihatan Korea dengan tegasnya menentang objektifikasi seksual terhadap wanita dan juga jururawat. Oleh kerana lagu BLACKPINK berada tinggi dalam carta secara global, kami memanggil YG Entertainment untuk mengambil langkah bertanggungjawab yang sepadan dengan populariti dan pengaruh mereka.

jennie jururawat dipersoal

Sehari kemudian, YG Entertainment memberi respons terhadap isu ini,

Pertama sekali, kami menghormati jururawat yang sentiasa berada di sisi pesakit dan melawan wabak sebagai barisna hadapan.

‘Lovesick Girls’ ialah lagu mengenai kenapa kita sering mencari cinta walaupun sering disakiti olehnya dan dalam masa yang sama turut menyelitkan mesej yang bersemangat.

Dalam video muzik tersebut, babak jururawat dan pesakit ditampilkan untuk lirik ‘Tiada doktor yang boleh menyelamatkan saya apabila sedang dilamun cinta’.

Tiada niat lain disebaliknya namun kami berasa risau terhadap tanggapan yang salah mengenainya.

Kami berharap agar anda memandangnya sebagai karya bergenre bebas dan kami sangat menghargai sekiranya anda memahami bahawa setiap babak yang dirakamkan tidak mempunyai maksud tersembunyi lain melainkan hanya untuk meluahkan muziknya.

Pihak produksi kini sedang dalam perbincangan, sama ada akan menyunting babak itu ataupun tidak.

jennie jururawat dipersoal

Nantikan sahaja sama ada babak yang melibatkan isu berbangkit itu akan disunting ataupun tidak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...