Ikuti Kami:

Dikawal Ketat Polis, Agensi Umum Winter aespa Terima Ugutan Bunuh

Dikawal Ketat Polis, Agensi Umum Winter aespa Terima Ugutan Bunuh

Bukan senang tau nak jadi idola K-Pop kerana mereka sering menerima komen buruk dan pelbagai ancaman..

Pada 7 Ogos, seseorang tanpa nama telah memberi ancaman bunuh kepada Winter aespa, yang disiarkan menerusi komuniti dalam talian. Meskipun hantaran itu sudah dipadam namun, ia telah dilaporkan kepada polis untuk keselamatan idola itu.

Terbaru, SM Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah memfailkan tuduhan terhadap penulis yang mengancam Winter dan polis juga telah melawat bangunan agensi bagi memeriksa keselamatan para artis, selepas menerima laporan tentang pelbagai ancaman.

Berikut adalah kenyataan penuh dikeluarkan SM:

Semalam, siaran yang mengancam keselamatan Winter telah dibuat pada komuniti dalam talian. Sebaik sahaja mengesahkan ini, kami telah memfailkan aduan jenayah pada polis terhadap penulis ancaman berkenaan dan turut meminta siasatan serta kerjasama yang cepat.

Selain itu, kami juga telah memperkukuh tenaga kerja keselamatan kami dan aespa selemat berlepas ke luar negara hari ini melalui kerjasama pengawal peribadi dan polis lapangan terbang.

Polis juga menerima laporan tentang beberap insiden jadi semalam dan hari ini, mereka datang ke bangunan syarikat untuk memeriksa keadaan keselamatan Winter dan sekeliling.

Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk melindungi keselamatan artis syarikat kami pada masa hadapan juga.

Kesian Winter..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...