Ikuti Kami:

Dikata Tak Pandai Jaga Artis, Ramai Kecam Rain Nak Ambil Pelatih Baru

Dikata Tak Pandai Jaga Artis, Ramai Kecam Rain Nak Ambil Pelatih Baru

Rain sekali lagi dikritik oleh netizen mengenai komennya di rancangan survival baru.

Pada 25 November, Rain telah menjadi juri bagi salah satu rancangan survival “Asia Super Young” di mana sebanyak 65 orang peserta lelaki bertanding untuk debut di dalam satu kumpulan.

Selepas melihat persembahan yang dilakukan oleh kumpulan lelaki syarikat Yuehua Entertainment, Rain telah meninggalkan komen yang mengatakan,

Kalau Yuehua tak nak ambil mereka, saya akan ambil mereka. Boleh ke?

Walaupun komen ini sering didengari di dalam rancangan seperti itu, namun rata-rata peminat tidak bersetuju dengan komen Rain tersebut berikutan dengan sejarahnya dengan dua kumpulan K-Pop.

Sebelum ini ketika aktif sebagai penyanyi solo, Rain telah menubuhkan kumpulan K-Pop yang popular iaitu MBLAQ. Namun, Rain dikatakan telah mengabaikan serta menyalah uruskan kumpulan tersebut sehingga menyebabkan mereka tidak lagi aktif sehingga kini.

Tidak berhenti di situ, Rain seterusnya menubuhkan kumpulan CIIPHER. Tetapi, perkara yang sama terjadi kepada kumpulan itu sehingga menyebabkan empat daripada tujuh ahli meninggalkan kumpulan tersebut.

mblaq ciipher

Dengan ini, ramai yang tidak berpuas hati dengan niat Rain, untuk mengambil lebih ramai pelatih di syarikatnya kerana kelemahannya dalam menguruskan kumpulan idola.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...