Utama Gossip Ambil Anak Di Sekolah, Netizen Terharu Lihat Momen Bahagia Keluarga Kim Taehee...

Ambil Anak Di Sekolah, Netizen Terharu Lihat Momen Bahagia Keluarga Kim Taehee & Rain

kim taehee rain

Umum mengetahui bahawa pasangan Rain dan Kim Tae-hee sangat melindungi kehidupan keluarga mereka.

Jarang dilihat, video mereka bersama kedua-dua anak perempuan telah pun tular di serata media sosial di China. Tak lama kemudian, ianya turut tersebar meluas di serata komuniti peminat K-Drama di seluruh dunia.

Video yang tersebar itu merupakan rakaman dari dashcam salah satu kenderaan di mana mereka tanpa sengaja terakam momen Kim Tae-hee dan Rain mengambil anak mereka di sekolah di Amerika Syarikat.

kim taehee rain

Rata-rata peminat meluahkan rasa terharu melihat pasangan itu yang tetap meluangkan masa bersama anak-anak meskipun sibuk bekerja. Malah anak sulung mereka yang berusia 6 tahun kini dilihat riang melompat sambil berjalan dipegang ibunya.

Anak kedua pasangan tersebut pula dilihat enak dirangkul si bapa tanpa menghiraukan hal sekeliling.

Comel kan~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTencent
Loading...