Ikuti Kami:

Dijangka Tayang 2024, Kim Namgil Dilamar Sertai Drama ‘The Fiery Priest 2’

Dijangka Tayang 2024, Kim Namgil Dilamar Sertai Drama ‘The Fiery Priest 2’

Drama “The Fiery Priest” akan kembali dengan musim kedua tak lama lagi!

Pada 29 November, media melaporkan bahawa pelakon Kim Nam-gil masih lagi sedang berbincang dengan syarikat produksi untuk membawa watak utama di dalam drama “The Fiery Priest 2”, sebagai Kim Hae-il.

“The Fiery Priest” mengisahkan tentang kisah antara seorang paderi katolik yang panas baran dan wakil penyiasat daripada balai polis Gudam. Di mana, kedua-dua mereka terpaksa untuk bekerjasama bagi menyelesaikan satu kes pembunuhan.

Setelah disiarkan pada 2019, musim pertama bagi drama tersebut berjaya mencapai rating sebanyak 22%, membuatkan Kim Nam-gil berjaya memenangi anugerah ‘Daesang’ pada tahun yang sama.

the fiery priest

Dalam masa yang sama, pasukan produksi untuk “The Fiery Priest 2” menyatakan bahawa mereka sudah membuat persediaan bagi drama itu dan akan mula melakukan penggambaran pada awal tahun hadapan.

Drama ini dijangka akan disiarkan pada akhir tahun 2024 atau awal tahun 2025.

Nak kena tonton balik ni musim pertama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...