Ikuti Kami:

Dijamin Sedap, Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 YouTuber Ini

Dijamin Sedap, Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 YouTuber Ini

Orang ramai semakin mencari resepi memasak makanan Korea di rumah kerana banyak manfaatnya kalau masak sendiri.

Baca: Tak Sangka Cecah Jutaan Ringgit Sebulan, Ini Pendapatan Sebenar 6 YouTuber Mukbang Korea

Ramai YouTuber makanan Korea menawarkan resepi yang mudah untuk semua jenis hidangan.

Maangchi

Dari tahun 2007 hingga sekarang, Maangchi telah memuat naik resepi yang akan membuatkan penonton terliur, seperti mi Korea, ayam goreng rangup dan bibimbap. Tambahan resepi kimchi tradisional dari Maangchi mempunyai lebih 24 juta tontonan setakat ini. Selain itu, dia juga ada menerbitkan sebuah buku masakan terbarunya, “Maangchi’s Real Korean Cooking” di mana, ia menawarkan 100 resepi hidangan asli masakan Korea.

Honneykki

Korang pernah terfikir mahu membuat sosej mozzarella atau roti bakar seperti di jalanan Korea? Korang boleh tiru resepi yang dikongsi oleh Honneykki di laman YouTubenya. Video yang dikongsi sangat bagus untuk dipelajari kerana menu yang disajikan merupakan hidangan paling popular di Korea. Ia dilihat sangat ringkas dan bersih, membuatkan ramai tertarik untuk jadikan saluran ini sebagai bahan rujukan untuk memasak!

Seonkyoung Longest

Dia bukan sahaja membuat makanan Korea, tetapi dia juga berkongsi resepi makanan dari seluruh Asia. Laman Youtube Seonkyoung Longest terkenal dengan hidangan nasi goreng serta masakan Korea yang pedas. Selain itu, antara video masakan yang paling popular ialah rebusan ayam berempah dengan kek nasi sebagai pencuci mulut. Tambahan, Seonkyoung Longest juga ada berkongsi tempat makanan ringan dari Korea untuk dicuba ketika korang melancong ke sana.

Future Neighbor

Saluran ini berkongsi hampir semua resepi hidangan Korea dari kimbap hingga soondubu. Melalui saluran YouTube ini, sangat mudah untuk korang ikuti dan rasa masakan akan menjadi sangat sedap. Semua video dibuat dari dapur mini pasangan suami isteri di Seoul dan dimuat naik setiap minggu. Salah satu video mereka yang mendapat jumlah tontontan tertinggi ialah nasi goreng ramen untuk kanak-kanak. Ia juga merupakan menu yang mesti dicuba bagi sesiapa yang terburu-buru.

Kimchimari

Tidak ramai yang tahu tentang YouTuber makanan Korea ini, tetapi dia menawarkan resepi hidangan Korea yang lazat. Kimchimari ada mengajar cara membuat bulgogi, ddukguk dan bibimbap di rumah. Selain itu, di saluran ini juga ada menyajikan resepi untuk membuat gochujang yang boleh disimpan lama di rumah. Jadi, korang tidak perlu lagi keluar untuk membeli bahan di kedai dan ia dijamin sedap serta menjimatkan.

Nanti boleh la masak makanan Korea hanya rumah je.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...