Ikuti Kami:

Dihadiri Ramai Artis & Raih Perhatian, BLACKPINK Selesai Adakan Konsert Jelajah ‘BORN PINK’ Di Seoul

Dihadiri Ramai Artis & Raih Perhatian, BLACKPINK Selesai Adakan Konsert Jelajah ‘BORN PINK’ Di Seoul

Setelah 4 tahun, BLACKPINK akhirnya kembali menemui peminat melalui konsert jelajah “BORN PINK”!

Pada 15 dan 16 Oktober, kumpulan gadis K-Pop popular seluruh dunia iaitu BLACKPINK telah memulakan konsert jelajah dunia “BORN PINK” di Seoul. Mempersembahkan lagu seperti “How You Like That”, “Pink Venom” dan banyak lagi di konsert berdurasi lebih 2 jam itu, ahli Ji-soo, Jennie, Rosé dan Lisa tampil bersemangat dari awal hingga akhir.

Di penghujung konsert, ahli tertua iaitu Ji-soo meluahkan perasaannya,

Biasanya, saya tidak sering gugup, tetapi saya sangat gementar sekarang. Memandangkan pertunjukan di Seoul menandakan permulaan jelajah dunia kami, saya merasakan bahawa saya perlu melakukannya dengan betul di kampung halaman saya.

Lisa juga tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa syukurnya kepada ahli dan peminat dengan berkata,

Saya sangat sayangkan ahli saya. Walaupun awak begitu sibuk, awak jatuh sakit dan tidak dapat tidur dengan nyenyak, saya amat berterima kasih dan berbangga dengan awak semua kerana menamatkan konsert kami dengan baik. Dan kepada BLINK kami, yang membuat lautan merah jambu yang cantik ini untuk kami, terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dan saya sayang awak semua.

blackpink world tour

Bukan sahaja peminat dan keluarga, konsert BLACKPINK ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti popular seperti rakan pelakon Ji-soo dari “Snowdrop” iaitu Jung Hae-in, Kim Hye-yoon, Eugene dan ramai lagi.

Selain itu, ahli TWICE Mina dan Ji-hyo, Minnie (G)I-DLE, Lee Hye-ri, Sorn, rakan agensi iaitu Seung-hoon dan Seung-yoon WINNER serta Bona WJSN, juga hadir bagi menyokong BLACKPINK untuk konsert itu.

Tambahan, pelakon seperti Park Bo-gum, Lee Ho-jung, Kal So-won, Lee Re dan Kim Hye-jun turut dilihat menghadiri konsert “BORN PINK”. Tak sangka mereka pun BLINK!

Syoknya siapa yang dapat pergi konsert BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...