Selepas 6 tahun, 2PM kembali mengadakan konsert buat peminat!
Pada 10 dan 11 September, konsert ulang tahun ke-15 2PM “It’s 2PM” telah diadakan di Jamsil Indoor Gymnasium di Seoul dan turut disiarkan secara langsung menerusi Beyond Live.
Di konsert tersebut, 2PM telah mempersembahkan sejumlah 29 lagu termasuklah lagu mereka ketika awal debut dan lagu terbaru. Antaranya adalah “10 out of 10”, “My House”, “I’ll Be Back”, “Again & Again” dan banyak lagi.
Kemudian, ahli juga turut meluahkan rasa syukur mereka kepada peminat yang hadir dan setia memberikan sokongan sejak debut. Jang Woo-young berkata,
Kami fikir kami perlu mengeluarkan album dengan cepat. Kerana awak semua, kami mempunyai sebab untuk berdiri di atas pentas.
Luah Taec-yeon membuatkan ramai tertawa,
Saya rasa orang melihat 2PM untuk kali pertama hari ini pasti terkejut kerana berfikir ‘Mereka sangat kacak’. Ada ramai peminat yang bukan sahaja dari Korea tetapi juga dari luar negara.
Selepas itu, ahli terus menyambut peminat global dengan bercakap dalam bahasa Thailand, Sepanyol, Cina, Jepun dan Indonesia.
Bestnya dapat pergi konsert 2PM!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.