Ikuti Kami:

Digelar Raja Spoiler, Baekhyun Dedah Rancangan EXO Pada Tahun 2024

Digelar Raja Spoiler, Baekhyun Dedah Rancangan EXO Pada Tahun 2024

Kemunculan semula ‘raja spoiler’ kesayangan ramai.

Walaupun sudah 10 tahun dikeluarkan, lagu EXO iaitu “First Snow” kembali menaiki carta selepas netizen menyambut kedatangan musim sejuk dengan lagu nostalgia tersebut.

Malah, cabaran tarian yang viral dilakukan oleh rakan idola, peminat serta ahli EXO sendiri telah menjadi salah satu sebab lagu itu kembali menaiki carta teratas.

Sedang leka menikmati hantaran cabaran tarian yang dilakukan oleh kumpulan tersebut, peminat mendapati bahawa hantaran salah seorang daripada ahli EXO tidak seperti yang lain.

Di mana, Baek-hyun EXO telah memuat naik video cabaran tariannya bersama Chen dan Xiumin di Instagram dan peminat telah menyedari mesej tersembunyi di dalam ‘hashtag’ yang digunakan oleh ahli EXO tersebut.

Di dalam kapsyen tersebut, Baek-hyun telah mendedahkan beberapa spoiler untuk rancangannya dan EXO buat tahun hadapan.

baekhyun hashtag

Antara rancangan yang disebutnya ialah, pertemuan peminat EXO, pertemuan peminat solo Baek-hyun, konsert solo Baek-hyun, hadiah peminat dan banyak lagi.

Rata-rata peminat telah berterima kasih kepada ‘raja spoiler’ Baek-hyun dan berkongsi kegembiraan mereka untuk rancangan kumpulan itu yang akan datang.

Korang paling teruja dengan rancangan EXO yang mana satu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...