Ikuti Kami:

Digelar ‘Mesin Cerita Baik’, Peminat Puji Personaliti Kang Haneul Walaupun Kian Popular Kini

Digelar ‘Mesin Cerita Baik’, Peminat Puji Personaliti Kang Haneul Walaupun Kian Popular Kini

Dah lah handsome, baik pula tu…

Pelakon Kang Ha-neul sememangnya terkenal dengan bakat lakonannya, malah turut mempunyai personaliti yang baik. Sering menerima gelaran, “Good Story Vending Machine”, ataupun ‘mesin cerita baik’, dek kerana dirinya terus memberikan contoh dan cerita yang baik untuk dikongsi. kang haneulDia mula menjadi perhatian umum apabila, sebelum ini tular di laman media sosial beberapa keping gambar dirinya sedang memohon maaf kepada peminat dek kerana dia tidak dapat mengambil gambar bersama mereka.

Bukan itu sahaja, sebelum ini, jika dia mempunyai masa lapang, dia akan membantu menguruskan restauran makanan kalguksu kedua ibu-bapanya di Gimpo. Restauran ibu-bapanya juga terus menjadi tumpuan ramai setelah dia mulai popular.kang haneulKang Ha-neul juga sebelum ini pernah berkongsi bahawa pada awalnya, dia agak tertekan jika menerima gelaran ‘anak baik’ daripada sesiapa kerana dia seolah perlu mencapai tanggapan tersebut. Dek kerana itu juga, dia mula hidup dengan caranya sendiri tanpa terlalu memikirkan pandangan sekeliling.

Tak apa lah… janji kita jadi anak yang baik untuk ibu-bapa…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...