Ikuti Kami:

Didakwa Bekas Ahli Gusti & Pernah Cecah Berat 80KG? Ini Respon Agensi Park Jihyun

Didakwa Bekas Ahli Gusti & Pernah Cecah Berat 80KG? Ini Respon Agensi Park Jihyun

Popular dek “Reborn Rich”, ramai yang mula memberi perhatian terhadap pelakon Park Ji-hyun.

Terbaru, terdapat khabar angin tersebar mengatakan bahawa wanita tersebut sebenarnya merupakan atlet ssireum (gusti tradisional Korea) dek sebuah gambar yang berterbangan.

Respon agensinya mengenai hal ini,

Park Ji-hyun bukan atlet gusti ssireum. Gambar yang tersebar bersama informasi ini bukan mengenai Park Ji-hyun.

park jihyun

Untuk pengetahuan, Park Ji-hyun memulakan karier lakonan pada 2014 dan telah berlakon dalam pelbagai naskhah seperti “Gonjiam: Haunted Asylum”, “The King in Love”, “Rookie Historian Goo Hae Ryung”, “Do You Like Brahms?”, “Yumi’s Cells” dan “Love All Play”.

Dalam drama popular “Reborn Rich”, dia membawa watak Mo Hyun-min iaitu anak sulung pemilik Hyunsung Ilbo dan isteri kepada saudara Jin Do-joon (Song Joong-ki). Bukan sahaja menerima pujian kerana menghidupkan watak itu dengan sempurna, namun imej yang dibawanya juga meninggalkan kesan mendalam meskipun tidak mempunyai bahagian tayangan yang banyak.

park jihyun

Dalam pada itu, Park Ji-hyun pernah mendedahkan bahawa dia mula menanam impian untuk menjadi pelakon semasa berusia 20-an. Malah wanita itu yang hanya memberikan fokus pada pelajaran selain memakai kaca mata dan gempal semasa belajar di sekolah menengah.

Ketika berusia 20-an, saya nekad mahu menjadi pelakon. Jadi, saya cuba mengurangkan berat badan sebanyak 20kg.

Bukan Park Ji-hyun lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...