Ikuti Kami:

Didakwa Banyak ‘Couple Item’, Jimin BTS Sedang Bercinta Dengan Pelakon Wanita Ini?

Didakwa Banyak ‘Couple Item’, Jimin BTS Sedang Bercinta Dengan Pelakon Wanita Ini?

Tiada angin tiada ribut, Ji-min BTS telah terpalit dengan khabar angin percintaan dengan seorang pelakon wanita ini..

Sejak tahun lalu, ada netizen yang menyatakan bahawa Ji-min sedang bercinta dengan pelakon Song Da-eun, yang semakin dikenali selepas muncul dalam program “Heart Signal 2”.

Khususnya, khabar angin itu bermula apabila mereka berdua didakwa mempunyai barangan ‘couple’ bersama seperti rantai dan subang, serta sering berada di lokasi yang sama. Tambahan, kedua selebriti itu turut dipercayai mengenali antara satu sama lain melalui rakan mereka Lee Soo-ji dan Ji Se-ho.

jimin song daeun

Sebelum ini, setiap kali Song Da-eun melakukan siaran langsung di Instagram, pasti akan ada netizen yang bertanya jika benar dia bercinta dengan ahli BTS itu dan wanita tersebut terus menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia langsung tidak mengenali Ji-min secara peribadi.

Selain itu, peminat yang lain juga telah menafikan khabar angin berkenaan dengan menjelaskan bahawa kedua mereka memakai barangan yang hampir kelihatan sama namun dari jenama berbeza dan berada di lokasi yang sama namun, duduk di tempat berasingan.

jimin song daeun

Ehh laa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...