Ikuti Kami:

“Saya Harap Awak Terima” – Ryan Gosling Hadiahkan Gitar Istimewa Ken Dari ‘Barbie’ Pada Jimin BTS

“Saya Harap Awak Terima” – Ryan Gosling Hadiahkan Gitar Istimewa Ken Dari ‘Barbie’ Pada Jimin BTS

Mesti ramai kan yang dah tonton filem “Barbie”?

Terbaru, akaun Twitter Barbie berkongsi bahawa pelakon Ryan Gosling yang membawa watak sebagai Ken dalam filem itu, telah menghadiahkan gitarnya kepada Ji-min BTS.

Bukan itu sahaja, Ken juga telah memakai pakaian yang sama dengan Ji-min dari muzik video “Permission to Dance” dan dia memberi penghargaan kepada idola itu dengan berkata,

Hai, Ji-min. Ryan Gosling di sini. Saya perasan pakaian ‘Permission to Dance’ awak adalah sama dengan pakain Ken saya dalam filem ‘Barbie’.

Oleh itu, pelakon lelaki tersebut membuat keputusan untuk memberikan benda paling berharga iaitu gitar yang digunakan Ken kepada Ji-min,

Saya harap awak akan menerima gitar Ken sebagai hadiah yang rendah hati dari saya. Lagipun, Ken saya sebenarnya tidak bermain  gitar jadi, ia akan menjadi lebih baik di tangan awak.

Terbaru, Ji-min juga telah memuat naik gambar gitar yang diterimanya itu menerusi laman Instagram, beserta kapsyen yang ditulis,

Terima kasih kerana memakai pakaian saya dalam #BarbieTheMovie! You rocked it, Ken!

Comelnyaaa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...