Sejak “All Of Us Are Dead” menjadi sebutan ramai, habis semua kisah mengenai pelakon utamanya menjadi bahan bualan netizen.

Terbaru, kisah hidup Jo Yi-hyun yang membawa watak Choi Nam-ra kembali meniti di bibir ramai.
Sebelum ini, pelakon yang sedang meningkat naik itu pernah terpalit dengan spekulasi bahawa dia merupakan seorang anak orang kaya apabila gambarnya di rumah mewah dengan pemandangan sungai Han tular di serata media sosial.
Khabarnya, rumah itu ialah sebuah flat mewah terletak di ‘Mark Hills Cheongdam’ di kawasan kejiranan Gangnam dan bernilai lebih 8 bilion won (RM27.9 juta).
Walaupun sudah lama berlalu, namun foto-foto berkenaan kembali disebut kini. Pada ketika itu, Jo Yi-hyun telah membetulkan spekulasi itu dengan menulis.
Ia bukan lah rumah saya tetapi rumah xx.
Selepas ianya timbul kembali kini, pelakon berusia 23 tahun itu kembali memuat naik tangkapan skrin komen yang sama menerusi Instagram Story di akaunnya.
Jangan salah faham!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.