Ikuti Kami:

Popular Dek ‘All Of Us Are Dead’, Im Jaehyuk Dilapor Masih Kerja Part-Time Di Bar & Penghantar Barang

Popular Dek ‘All Of Us Are Dead’, Im Jaehyuk Dilapor Masih Kerja Part-Time Di Bar & Penghantar Barang

Setelah “All Of Us Are Dead” menemui semua, nampaknya setiap daripada pelakonnya, tak kisah watak utama atau watak kecil terus menjadi perhatian semua.

Antara nama yang meniti di bibir penonton ialah Im Jae-hyuk, iaitu pelakon yang membawa watak Yang Dae-soo di dalam siri zombi berkenaan.

Siapa sangka bahawa lelaki berusia 27 tahun itu sebenarnya seorang yang bekerja keras dalam banyak perkara dan bukanlah hanya berlakon sahaja.

netflix all of us are dead

Menerusi pendedahan seorang bekas wartawan di YouTube, Im Jae-hyuk bukanlah pelakon sepenuh masa.

Saya terdengar kisah menarik mengenainya menerusi satu panggilan telefon dengan wakil agensi Im Jae-hyuk. Im Jae-hyuk menemui tuah dengan ‘All Of Us Are Dead’ tapi dia masih lagi melakukan pelbagai kerja separuh masa seperti kerja buruh, bekerja di bar dan penghantaran barang.

Malah Im Jae-hyuk juga didedahkan sebagai seorang yang berdedikasi,

Im Jae-hyuk menurunkan berat badan sebanyak 30kg pada 2019 semasa menandatangani kontrak dengan agensinya namun bagi melakonkan watak Yang Dae-soo, dia menaikkan semula berat badan sebanyak 32kg pada tahun berikutnya. Selepas projek ini, dia kembali menurunkan berat badannya sebanyak 25kg dan kekal dengan berat 82kg kini.

im jaehyuk all of us are dead

Untuk pengetahuan, Im Jae-hyuk merupakan alumni Universiti Kebangsaan Seni Korea dan pernah muncul dalam drama seperti “Cat Bartender” dan “Alice” sebelum ini. Dalam “All Of Us Are Dead”, dia membuat kemunculan sebagai Yang Dae-soo iaitu seorang yang baik dan memiliki kekuatan yang hebat semasa bertempur dengan zombi.

Semoga makin banyak peluang berlakon buatnya selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...