Ikuti Kami:

Didakwa Ambil Steroid Untuk Bina Badan ‘Sado’, Ini Respon Ringkas Namgoong Min

Didakwa Ambil Steroid Untuk Bina Badan ‘Sado’, Ini Respon Ringkas Namgoong Min

Badan yang tiba-tiba ‘sado’ secara mendadak membuatkan ada yang mendakwa Namgoong Min mungkin mengambil steroid untuk menambah jumlah ototnya.

Walaubagaimanapun, hal tersebut dinafikan oleh beberapa pakar bina badan menerusi sebuah video YouTube di mana mereka mengatakan badan pelakon itu sememangnya sudah sasa sebelum ini. Jadi, untuk menambah ototnya dalam masa yang singkat adalah mudah sahaja.

Tidak melatah, Namgoong Min memuat naik gambar di dalam gimnasium bagi menepis dakwaan tersebut. Meskipun tidak mengeluarkan kenyataan secara spesifik namun melihatkan pelakon itu yang gigih bersenam setiap hari membuktikan bahawa badannya itu dibina secara natural.

Rata-rata peminat memuji lelaki itu kerana sangat berdedikasi bagi menjayakan wataknya sebagai ejen NIS dalam drama “The Veil” yang baru sahaja ditayangkan. Bahkan mereka mengatkan bahawa Namgoong Min kelihatan sangat tampan dan gagah dengan badan yang tegap itu.

Hebat kan Namgoong Min?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...