Ikuti Kami:

Dituduh Guna Steroid Untuk Tambah Otot, Pakar Bina Badan Pertahan Namgoong Min

Dituduh Guna Steroid Untuk Tambah Otot, Pakar Bina Badan Pertahan Namgoong Min

Meskipun ramai yang kagum melihat Namgoong Min membina badan dan menambah berat sebanyak 14kg untuk drama “The Veil”, ada pula suara sumbang yang mengkritiknya.

Khabarnya, ada netizen yang menuduh pelakon lelaki itu sebagai ‘Loider’ yang bermaksuda seseorang yang menggunakan dadah haram seperti steroid untuk menambahkan jumlah otot.

Menafikan spekulasi ramai, beberapa figura popular dalam dunia bina badan mendedahkan mengenai kemungkinan Namgoong Min memperolehi badan sedemikian dalam masa yang singkat menerusi saluran YouTube ‘Hellchang TV’.

Kata Gatsby (Kim Seung-hyun), seorang pembina badan profesional,

Ia bukanlah badan yang sepatutnya terpalit sebagai kontroversi penggunaan dadah. Bukannya kerana tahapnya yang rendah namun ia merupakan perkembangan yang semula jadi.

namgoong min steroidTambah Sean (Ahn Si-hyeon), pemilik saluran YouTube berkenaan pula,

Terdapat spekulasi apabila kondisi badan Namgoong Min tiba-tiba membesar secara mendadak, namun dia sebenarnya sudah mempunyai fizikal yang baik sejak daripada mula debut lagi. Tak mustahil untuk membina badan dalam masa yang singkat seperti ini.

Malah mereka menyebut mengenai pelakon lelaki itu yang agak kuat bersukan,

Tak sangka kontroversi sebegini akan berbangkit.

namgoong min steroidMenerusi penjelasan beberapa orang yang pakar dalam bidang ini, ternyata badan Namgoong Min ini mampu dicapai dengan usaha yang tekun tanpa bantuan dadah haram. Sekadar gosip liar, hak ini tak sepatutnya timbul sebagai kontroversi langsung namun ianya hanya membuktikan bahawa pelakon itu benar-benar berusaha untuk menghidupkan wataknya sebagai ejen NIS hebat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...