Ikuti Kami:

“Buang Duit” – Dianggap Kurang Praktis, Media Perancis Kritik Persembahan BLACKPINK

“Buang Duit” – Dianggap Kurang Praktis, Media Perancis Kritik Persembahan BLACKPINK

Setiap orang pastinya akan mempunyai pendapat berbeza terhadap sesuatu perkara.

Terbaru, akhbar harian Perancis Le Parisien telah memberi komen mengenai konsert BLACKPINK yang diadakan di stadium Stade De France pada Julai lalu.

Pada awalnya, Le Parisien mengulas mengenai lebih 50,000 penonton yang menghadiri konsert BLACKPINK di situ,

Hanya kerana terdapat penonton yang memenuhi Stade De France, ia tidak bermakna persembahan mereka sepadan dengannya.

Kemudian, wartawan turut menjelaskan tentang mengapa persembahan 4 ahli itu kurang memberi impak,

Koreografi itu terlalu seperti ‘buku teks’ dan terdapat kekurangan komunikasi di kalangan ahli, yang menyebabkan mereka sering berlalu di hadapan antara satu sama lain.

blackpink concert

Bukan itu sahaja, di penghujung konsert, Le Parisien mengimbas kembali situasi yang dianggap tidak masuk akal di mana Jennie meninggalkan pentas, hanya untuk kembali tiga minit kemudian dengan memakai seluar putih dan bukannya hitam.

Sementara itu, Le Parisien memilih penyanyi Kanada The Weeknd sebagai penyanyi yang melakukan konsert terbaik di Stade De France.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...