Ikuti Kami:

Ahli Nampak Tak Selesa, Peminat Risau Lihat Ekspresi ‘Curiga’ Penari Latar BLACKPINK Di Konsert

Ahli Nampak Tak Selesa, Peminat Risau Lihat Ekspresi ‘Curiga’ Penari Latar BLACKPINK Di Konsert

Eh kenapa peminat risaukan atas keselamatan BLACKPINK pula?

Baru-baru ini, peminat perasan bahawa beberapa penari latar lelaki di konsert BLACKPINK telah menunjukkan ekspresi dan tingkah laku yang ‘menyeramkan’ semasa menari dengan 4 ahli itu.

Khususnya dalam klip yang dikongsi, ada penari yang dilihat memerhati Rosé dari atas ke bawah dengan ekspresi yang mencurigakan dan Jennie yang melihat situasi itu di sebelah juga nampak tidak selesa.

Ketika persembahan solo Ji-soo, penari lelaki yang mengangkat wanita itu turut menunjukkan riak wajah yang didakwa keterlaluan dan menimbulkan kerisauan peminat.

Bagaimanapun, ada juga yang memberikan pendapat sebaliknya dengan menyatakan bahawa penari lelaki itu hanya memadankan ekspresi mukanya dengan lagu yang sedang dimainkan dan ia hanyalah ekspresi wajah mereka di atas pentas.

Tambahan, sekiranya memang benar ia membuatkan ahli tidak selesa, BLACKPINK pastinya sudah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan mereka lagi.

Hmm..korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...