Ikuti Kami:

Diamalkan Orang Korea, Cuba 6 Petua Penjagaan Kulit Muka Kekal Sihat Sepanjang Masa

Diamalkan Orang Korea, Cuba 6 Petua Penjagaan Kulit Muka Kekal Sihat Sepanjang Masa

Semua pasti terpegun apabila melihat kecantikan luar biasa yang ada pada artis wanita mahupun artis lelaki Korea.

Korang juga boleh mencapai tahap kesihatan kulit muka yang mulus dan licin, dengan hanya mengikuti 6 langkah mudah seperti di bawah!

Berlatih yoga

Dengan mempraktikkan yoga, ia bukan sahaja dapat membantu dalam menenangkan minda malah juga dapat membersihkan kulit. Tetapi hanya ada beberapa posisi yoga yang terbukti boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang berseri. Bagaimana yoga memberi kesan terhadap kulit? Ianya dengan membuang toksin dari badan dan menggalakkan peredaran darah ke muka dan menjadikan kulit kelihatan sihat berseri.

3 posisi mudah untuk dicuba di rumah:

    • Pendirian bahu – membantu meningkatkan tekstur dan kualiti kulit dengan menggalakkan peredaran darah ke arah muka. Amalkan 3-5 kali sehari untuk mencerahkan kusam di muka.
    • Bengkok ke hadapan – menggalakkan pengaliran darah ke muka untuk hasil yang berseri. Ini meningkatkan bekalan oksigen ke sel kulit dan menyampaikan nutrien untuk membantu proses pembaharuan sel kulit.
    • Pusingan duduk – membantu penghadaman dengan membuang toksin dan bahan merbahaya lain dari organ. Kebiasaannya posisi ini sangat digalakkan untuk mendapatkan kulit yang berseri.

Pentingkan pelembap muka

Penghidratan yang cukup merupakan salah satu punca utama untuk mendapatkan kulit yang sihat. Di samping minum air masak secukupnya, penggunaan bahan pelembap akan memastikan kulit korang mendapat semua penjagaan yang diperlukan untuk kelihatan sihat.

Urut muka

Kaedah urutan muka semasa memakai produk kecantikan juga perlu dititikberatkan. Ia juga sebenarnya bergantung pada penggunaan dan juga formula yang ada dalam produk yang diguna pakai. Teknik urutan ini memberi tekanan lembut di sepanjang otot muka, lalu boleh merangsang peredaran darah yang sempurna.

Sunscreen

Sunscreen atau pelindung matahari sangat penting untuk dipakai pada siang hari kerana ia dapat melindungi kulit. Sunscreen memainkan peranan penting dalam menghalang sinaran ultraungu (UV) daripada diserap oleh kulit. Hal ini kerana, sinaran UV boleh merosakkan kulit dan akan menyebabkan kanser kulit. Untuk pengetahuan, tiada pelindung matahari menghalang sinaran UV 100%, jadi korang jangan mudah tertipu.

Basuh muka dengan air sejuk

Ini mungkin memerlukan sedikit masa untuk korang membiasakan diri. Tetapi untuk mengelakkan kulit daripada menjadi terlalu kering, korang hanya perlu mencuci muka dengan air sejuk pada waktu pagi. Rutin ini mesti dilakukan setiap hari dan korang pasti akan dapat melihat perubahan yang ketara pada kulit muka nanti!

Vitamin C

Vitamin C telah terbukti secara saintifik bahawa ia dapat membantu memulihkan kulit bermasalah. Korang jangan risau kerana vitamin C biasanya ditemui dalam formula pembersih muka, serum, dan juga pelembap. Bagaimanapun, korang juga boleh makan buah yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren, mangga atau kiwi.

Nak cantik ni kita kena rajin je.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...