Ada tak yang tengah layan drama “Bora! Deborah” sekarang?
Sebelum ini, pasukan produksi telah menerima kritikan dari orang ramai, kerana dialog yang diutarakan oleh watak Yoo In-na dalam “Dora! Deborah” mengenai kem konsentrasi Auschwitz.
Khususnya, watak Yoo In-na sebagai Bo-ra telah melakukan perbandingan yang tidak setara antara menjaga penampilan dan Holokus (pembunuhan beramai-ramai) oleh tentera Nazi ketika perang dunia kedua.
Terbaru, pasukan produksi telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, atas kecuaian mereka dalam menulis skrip. Berikut adalah kenyataan penuh:
Ini ialah pasukan produksi ENA ‘Bora! Deborah’.
Kami memohon maaf kerana menimbulkan ketidakselesaan melalui dialog tertentu dari episod 9 ‘Bora! Deborah’ yang disiarkan pada 9 Mei.
Kami sepatutnya bercakap mengenainya dari perspektif sejarah yang tepat tetapi kami tidak memikirkan perkara itu dengan teliti.
Ia sama sekali bukan niat kami untuk menggunakan tragedi bersejarah itu dengan mudah dan kami mohon maaf sekali lagi. Kami akan lebih berhati-hati semasa proses pengeluaran pada masa hadapan.
Semoga ambil pengajaran..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉