Ikuti Kami:

“Dia Ucap Tahniah” – Kekasih Sokong ‘The Good Bad Mother’, Lee Dohyun Kongsi Respon Im Jiyeon

“Dia Ucap Tahniah” – Kekasih Sokong ‘The Good Bad Mother’, Lee Dohyun Kongsi Respon Im Jiyeon

Sudah beberapa bulan menjalinkan hubungan, Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon jarang menyebut mengenai satu sama lain di hadapan media.

Baru-baru ini, pelakon lelaki itu telah menyertai satu temubual rasmi bagi menyambut pengakhiran drama “The Good Bad Mother”.

Bagi yang tidak mengetahui, drama itu membawa kisah kekeluargaan mengenai seorang ibu yang menebus kembali kesalahan terhadap anaknya ketika kecil.

Merupakan watak utama kini, Lee Do-hyun mengakui bahawa dia sendiri teruja kerana mampu melalui tiga penggambaran iaitu “The Good Bad Mother”, “The Glory” dan filem “Pamyo” sekaligus.

Saya juga berasa kagum.

lee dohyun

Ditanya mengenai pandangan teman wanita, Im Ji-yeon mengenai kerjayanya,

Dia juga sangat sibuk dengan penggambaran. Saya berasa saya akan membuatkan dia berasa kurang senang sekiranya berkata seperti ‘Hari ini ialah tayangan terakhir, jom tonton bersama’ dan sebagainya. Sejujurnya, saya tak pasti jika dia ada menontonnya.

Tambahnya,

Walau bagaimanapun, awak boleh melihat pencapaian sesuatu drama menerusi rating dan artikel kan? Dia melihatnya dan berkata, ‘Tahniah, sepertinya awak berjaya kini’.

Comel kan mereka?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...