Ikuti Kami:

“Cool Je” – Pasangan Im Jiyeon & Lee Dohyun Bersebelahan, Foto Reunion ‘The Glory’ Raih Perhatian

“Cool Je” – Pasangan Im Jiyeon & Lee Dohyun Bersebelahan, Foto Reunion ‘The Glory’ Raih Perhatian

Bukan senang nak tengok pasangan selebriti Korea yang tidak kisah dilihat bersama kan?

Terbaru, Cha Joo-young telah memuat naik gambar di Instagram miliknya bagi menyambut kemenangan hebat drama itu di ‘Anugerah Baeksang 2023’.

Tulisnya,

Pasukan ‘The Glory’ selamanya.

Dalam foto itu, dapat dilihat kesemua pelakon drama berkenaan iaitu Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Im Ji-yeon, Park Sung-hoon, Jung Sung-il, Kim Hieora, Cha Joo-young dan Kim Gun-woo meluangkan masa bersama.

the glory

Khabarnya, makanan yang dipesan oleh para pelakon ini merupakan hasil ikhsan Song Hye-kyo yang membelanjakan wangnya sendiri. Cool!

Dalam pada itu, peminat lebih teruja apabila melihat pasangan kekasih iaitu Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun duduk bersebelahan di dalam foto itu.

Untuk pengetahuan, Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun mengakui hubungan mereka pada awal tahun lalu selepas ianya dibongkarkan oleh Dispatch.

Comel!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...