Ikuti Kami:

“Dia Trauma” – Takut Serangga, Penonton Terharu Lihat Ahli ‘Running Man’ Jaga Song Jihyo

“Dia Trauma” – Takut Serangga, Penonton Terharu Lihat Ahli ‘Running Man’ Jaga Song Jihyo

Penonton setia “Running Man” pastinya tahu bahawa Song Ji-hyo amat takut dengan serangga.

Dalam episod terbaru yang disiarkan pada 12 Februari, kesemua ahli meluangkan waktu bersama untuk berborak dan berehat dalam satu bilik yang disediakan.

Khususnya ketika sedang sibuk berborak, Song Ji-hyo tiba-tiba kelihatan panik apabila dia melihat seekor serangga terbang di dalam bilik tersebut. Yoo Jae-suk yang tahu bahawa wanita itu sedang takut, terus bertindak cepat untuk membunuh serangga itu.

Kemudian, Yang Se-chan juga turut meminta kakaknya itu untuk keluar dari bilik terlebih dahulu, bagi mengurangkan rasa takutnya.

Meskipun dalam keadaan cemas, Song Ji-hyo tetap berusaha untuk membantu dengan menghulurkan tisu kepada Yoo Jae-suk dan terus menangis dek kerana traumanya pada haiwan itu.

https://www.tiktok.com/@suyeounie/video/7199250106779012378?_r=1&_t=8Zprwzfd6g6

Selepas Yoo Jae-suk membuang serangga yang dibunuhnya, Song Ji-hyo meluahkan rasa syukur dengan berkata,

Abang, terima kasih.

Melihat bagaimana semua ahli kelihatan begitu ‘caring’ dengan Song Ji-hyo, penonton rata-rata seronok melihat hubungan rapat mereka bak ahli keluarga sebenar. Antara komen yang ditulis,

Ji-hyo boleh lawan dengan sesiapa sahaja, kecuali serangga.

 

Song Ji-hyo ada trauma dengan serangga. Untung dia sebab semua ahli faham.

 

Saya tak rasa Jae-suk biasa bunuh serangga dengan tangannya seperti itu, tetapi kerana Ji-hyo sangat takut, dia tetap melakukannya.

Sayang betul dorang kat Song Ji-hyo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...