Ikuti Kami:

“Dia Tinggalkan Saya”- Park Shinhye Selamat Berkahwin, Bekas Pasangan Pelakon Beri Respon Lucu

“Dia Tinggalkan Saya”- Park Shinhye Selamat Berkahwin, Bekas Pasangan Pelakon Beri Respon Lucu

Umum mengetahui bahawa Park Shin-hye dan Choi Tae-jon sudah selamat melangsungkan perkahwinan mereka kelmarin.

Majlis bermakna itu bukan sahaja dihadiri oleh keluarga malah disambut meriah dengan kehadiran rakan selebriti kedua mempelai itu.

Paling menarik perhatian apabila Lee Min-ho yang merupakan sempat memuat naik entri lucu sebagai respon kepada perkahwinan bekas pasangannya dalam drama “The Heirs” itu.

Saya kena ucap tahniah ke? (dialog popular ‘The Heirs’)

Lelaki itu juga dilihat hadir di majlis berkenaan dan dijemput atas nama Kim Tan iaitu nama wataknya dalam drama yang sama.

Dalam pada itu, seorang peminat turut menanyakan soalan buat Jang Geun-suk iaitu rakan pelakon Park Shin-hye dalam drama “You’re Beautiful”.

Apa pendapat awak mengenai perkahwinan Go Mi-nam (watak Park Shin-hye) hari ini?

Seloroh lelaki itu,

Dia tinggalkan Hwang Tae-kyung (nama watak Jang Geun-suk).

jang geunsuk park shinhye

Bukan itu sahaja, rakan pelakon dan juga rakan baik Park Shin-hye iaitu Lee Hong-ki dan Do Kyung-soo (EXO) turut dilihat memberikan sokongan baik buat wanita itu apabila hadir sebagai penyanyi jemputan semasa majlis berkenaan.

Park Shin-hye memang ramai rakan selebriti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...