Ikuti Kami:

“Dia Tiada Rakan Pelakon Waktu Itu..” – Yeo Jingoo Dedah Bagaimana Boleh Rapat Dengan Jungkook BTS

“Dia Tiada Rakan Pelakon Waktu Itu..” – Yeo Jingoo Dedah Bagaimana Boleh Rapat Dengan Jungkook BTS

Umum pasti mengetahui bahawa Yeo Jin-goo merupakan salah seorang sahabat rapat kepada Jung-kook BTS.

Bagaimanapun, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana kedua selebriti itu boleh mula berkenalan dan kekal meneruskan hubungan rapat, kan?

Terbaru, Yeo Jin-goo telah terlibat dengan satu temu bual bagi mengulas tentang filemnya “Ditto”, di mana pelakon itu turut mendedahkan bagaimana dia menjadi kawan rapat kepada Jung-kook BTS. Kongsinya,

Kami berkenalan lama dahulu melalui seorang kenalan. Memandangkan kami sebaya, kami menjadi rapat dengan mudah.

Tambahnya lagi,

Peliknya, tidak ramai selebriti yang lahir pada tahun 1997. Pada masa kami mula-mula bertemu, Jung-kook tidak mempunyai kawan pelakon, dan saya juga tidak mempunyai kawan idola. Kami lebih gembira apabila mendapat tahu kami berdua dilahirkan pada tahun 1997.

bts jungkook yeo jingoo

Jelas Yeo Jin-goo,

Jung-kook sudah menjadi superstar pada masa itu, tetapi dia lebih terkenal sekarang. Itulah sebabnya saya sangat berhati-hati untuk menyebut tentang persahabatan kami. Dia seorang kawan yang sangat baik yang sentiasa menyokong saya.

Suka betul tengok persahabatan mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...