Ikuti Kami:

“Kami Tak Bercakap..” – Cha Jooyoung Kongsi Reaksi Ayah Lihat Babak Seksual Dalam ‘The Glory’

“Kami Tak Bercakap..” – Cha Jooyoung Kongsi Reaksi Ayah Lihat Babak Seksual Dalam ‘The Glory’

Bukan mudah perjalanan karier Cha Joo-young sebagai pelakon, ini kerana cita-citanya itu sebenarnya mendapat tentangan ibu bapa hingga kini.

Dalam episod terbaru “Point Of Omniscient Interference”, wanita itu sempat berkongsi sedikit mengenai reaksi kedua orang tuanya apabila mengetahui dia memulakan kehidupan sebagai seorang pelakon,

Sebelum debut sebagai pelakon, saya tahu mereka akan menentang jadi saya memulakannya secara senyap. Saya mahu memberitahunya selepas sudah aktif, namun hampir pengsan apabila membangkitkan kisah itu bersama mereka. Mereka langsung tak bercakap dengan saya. Malah saya agak takut kerana mereka ada menyuruh saya berhenti berlakon dan pulang ke Amerika Syarikat.

cha jooyoung

Jelas Cha Joo-young lagi, orang tuanya tetap tidak memberikan sokongan yang nyata meskipun “The Glory” mengecapi populariti baru-baru ini. Respon wanita itu mengenai reaksi ibu bapanya melihat babak menayangkan badan di dalam siri tersebut turut menjadi perhatian ramai,

Saya memberikan sedikit ‘hint’ mengenai babak itu kepada ayah saya, ‘Akan ada babak yang mengejutkan, saya akan jelaskan dengan lebih lanjut selepas ayah melihatnya semua’. Tapi dia hanya keluar dari rumah selepas saya berkata begitu.

Pun begitu, Cha Joo-young mendedahkan bahawa dia tidak menghiraukan lagi kini mengenai sokongan kedua ibu bapanya.

Kesian Cha Joo-young..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...