Ikuti Kami:

“Dia Terdesak Ke..” – Mengaku Beli Sendiri, Idola Lelaki Ini ‘Ditangkap’ Jual Hadiah Pemberian Peminat

“Dia Terdesak Ke..” – Mengaku Beli Sendiri, Idola Lelaki Ini ‘Ditangkap’ Jual Hadiah Pemberian Peminat

Baru-baru ini, seorang idola lelaki telah ‘ditangkap’ menjual hadiah yang diterima dari peminatnya.

Terbaru, seorang peminat telah berkongsi bahawa Jang Yu-bin MIRAE telah menjual baju lengan panjang jenama DIESEL, yang dia terima daripada peminat tersebut sebagai hadiah.

Apa yang lebih teruk, lelaki itu juga menipu dan mendakwa bahawa dia yang membeli baju itu sendiri serta menjelaskan sebab dia meletakkan harga $112 USD (RM529.59),

Saya membelinya di Jepun pada musim luruh ini dengan harga kira-kira $209USD (RM988.26). Saya membasuhnya sekali dan cetakannya mengelupas sedikit. Jadi, saya tidak memakainya sejak itu dan saya jual murah sebab itu!

jang yubin mirae

Tambahan pula, akaun tersebut juga telah disahkan oleh aplikasi itu sendiri bermakna, memang benar ia adalah milik Jang Yu-bin.

Mesej peminat tersebut kepada idola itu,

Awak tahu kan saya sangat sukakan awak. Jadi saya mahu faham. Jika saya boleh mencapai persefahaman, saya bersedia untuk melepaskannya.

Respon Jang Yu-bin,

Saya sedang fikir banyak perkara sekarang dan apabila saya terlalu memikirkan sesuatu, saya biasanya melegakannya dengan membeli-belah dan membeli barang untuk diri sendiri. Tetapi, saya tidak mahu meminta wang dari ibu bapa saya. Jadi saya bertindak mengikut hati saya. Saya benar-benar tidak fikir apa yang saya lakukan. Saya minta maaf.

jang yubin mirae

Hmm kalau korang adalah peminat tu, korang akan marah ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...