Bukan lagi rahsia dari orang ramai, sepertinya lelaki kaya yang dikhabarkan sebagai kekasih Lisa BLACKPINK dilihat sentiasa bersama idola itu.

Baru-baru ini, ahli BLACKPINK berkenaan telah menjayakan persembahan pertamanya bersama kelab bogel berprestij tinggi iaitu Crazy Horse di Paris. Meskipun menerima kritikan ramai kerana membuat penampilan di acara yang agak provokatif namun Lisa sepertinya lebih mementingkan persembahan seni yang lain dari yang lain.
Berlangsung secara tertutup dan peribadi, walau bagaimanapun ada sahaja peminat yang menghadiri persembahan tersebut menceritakan pengalaman peribadi mereka di sosok hadirin.
Menerusi satu hantaran TikTok ini, peminat mendedahkan bahawa Frédéric Arnault iaitu CEO Tag Heuer dan juga merupakan ‘kekasih dalam diam’ Lisa turut menghadiri persembahan itu dan duduk di sebelahnya ketika persembahan berlangsung.
@maaikenienhuiss NO BC WHY WAS THIS THE BEST NIGHT OF MY LIFE #lisa #crazyhorse #crazyhorselisa #lisacrazyhorse #lisacrazyhorseparis #lisaxcrazyhorseparis #lalisa ♬ original sound – maaikenienhuis
Malah idola tersebut dilihat turut mencampakkan item pakaian yang ditarik dari dalam baju dalamnya ke arah lelaki itu.
Saya tak tahu sama ada ianya memang dirancang ataupun tak.
Ungkap peminat itu lagi, Lisa tampil yakin dengan persembahan di mana dia berlagak seperti CEO untuk syarikat saham dan mula menanggalkan baju satu persatu semasa persembahan bermula. Pun begitu, dia tetap memakai baju dalam menutup dada meskipun penari lain tampil separuh bogel sejak awal hingga ke akhir acara.
Dalam pada itu, ahli BLACKPINK lain iaitu Jennie, Jisoo dan Rosé dilihat menghadiri persembahan Crazy Horse itu bagi memberikan sokongan buat Lisa sekaligus memadam api gosip mengenai hubungan berantakan antara mereka di ambang pembaharuan kontrak bersama YG Entertainment.
Cool!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.