Mesti ramai kan dah layan drama “Goblin” yang ditayangkan pada 2016 dahulu?
Terbaru, penulis “Goblin” iaitu Kim Eun-sook telah tampil sebagai tetamu dalam program radio “Song Jin-woo’s Brave Radio”, di mana wanita itu ada berkongsi prosesnya mengambil Gong Yoo sebagai pelakon utama dalam drama popular itu.
Pada awalnya, Kim Eun-sook berkata,
Saya bertemu dengannya untuk memujuknya membintangi drama ini. Dia mempunyai banyak ketakutan untuk muncul dalam drama itu dan bercakap tentang ketakutannya selama 8 jam.
Dia turut meneruskan lagi dengan memuji pelakon lelaki itu,
Saya tidak pernah melihat pelakon yang serius dan jujur seperti Gong Yoo. Jadi saya memberitahu segala-galanya dengan jujur.
Sementara itu, Kim Eun-sook juga merupakan penulis untuk drama popular lain seperti “The Heirs”, “The Glory”, “Descendants of the Sun” dan banyak lagi.
Nasib Gong Yoo akhirnya terima!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.