Utama Gossip “Dia Takkan Buat Lagi” – Jamie Umum Jae Telah Mohon Maaf Secara...

“Dia Takkan Buat Lagi” – Jamie Umum Jae Telah Mohon Maaf Secara Peribadi Dek Isu Sebelum Ini

jamie jae day6 kontroversi

Dua minggu lepas, Jae bekas ahli DAY6 telah dikritik oleh orang ramai, dek gelaran ‘tidak baik’ yang diberikannya pada Jamie.

Jamie, atau nama sebenar Park Ji-min, juga merupakan sahabat buat Jae, telah meluahkan rasa kesal atas ‘gelaran’ yang diberi Jae buatnya. Sekadar info, semasa siaran langsung pada 9 Januari lepas melalui saluran Twitch, Jae telah membuat suatu kenyataan yang berbunyi,

Okay, sebab kan sekarang saya tak ada dalam K-Pop lagi, saya boleh bercakap mengenai hal ini: Kenapa Jamie cuba menjadi seorang ‘thot’ (perempuan murahan)?

Selepas dikritik hebat, Jae telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Jamie dan peminatnya, yang terganggu dengan panggilannya. Pada 20 Januari, Jamie sendiri telah membuat satu kenyataan di Twitter, di mana dia menjelaskan bahawa Jae secara peribadi telah memohon maaf kepadanya, dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam pertuturannya selepas ini. Menurut Jamie,

Jae telah berjumpa dengan saya hari itu, di mana dia meminta maaf atas kata-kata dan kesilapannya. Jika sesiapa mengenali Jae sebagai kawan atau orang rapat, anda pasti tahu dia tidak bermaksud begitu seperti apa yang dia katakan. Dia berjanji kepada saya bahawa dia akan menggunakan kata-katanya dengan bijak dan saya menghargainya. Daripada semua kesilapan.

jamie jae day6 kontroversi

Semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...