Ikuti Kami:

“Benci Jadi Bahan Lawak Lelaki” – Jamie Kesal Diberi Gelaran Tidak Baik, Jae Bekas Ahli DAY6 Minta Maaf

“Benci Jadi Bahan Lawak Lelaki” – Jamie Kesal Diberi Gelaran Tidak Baik, Jae Bekas Ahli DAY6 Minta Maaf

Sepertinya tiada hari yang senyap selepas Jae meninggalkan kumpulan DAY6 hampir sebulan lalu.

Terbaru, kata-katanya mengenai rakan baik iaitu Jamie atau Park Ji-min telah menimbulkan rasa kurang senang peminat dan orang ramai.

Menerusi siaran langsung Twitch, Jae cuba bergurau dan memberikan gelaran kurang manis buat penyanyi solo itu.

Okay, sebab kan sekarang saya tak ada dalam K-Pop lagi, saya boleh bercakap mengenai hal ini: Kenapa Jamie cuba menjadi seorang ‘thot’ (perempuan murahan)?

Tambahnya lagi,

‘Betul tu! Saya katakannya. Beritahu dia. Saya dah cakap! Beritahu dia!

Bukan sahaja peminat K-Pop malah Jamie sendiri meluahkan rasa geram dengan tindakan Jae itu. Dalam tweet yang sudah dipadam kini, penyanyi itu mengatakan,

Seorang apa? Ingat tak lagi bagaimana saya menjaga awak semasa dalam syarikat dahulu dan berapa kali saya menanyakan perihal awak. Saya doakan awak. Soalan awak seperti saya. Sedihnya.

jamie jae

Selepas memadam tweet berkenaan, Jamie menenangkan semua dan mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja,

Saya benci apabila wanita digunakan sebagai sumber lawak lelaki bagi memuaskan hati lelaki lain dalam Internet. Noktah.

Jay kemudiannya memuat naik permohonan maaf buat Jamie dan juga peminat yang terluka,

Tiada langsung niat saya merujuk apa-apa perbuatan fizikal dan tenaga melibatkan Jamie, namun lebih kepada aura yang dipanggil sebagai ‘baddie’ dan saya berfikir bahawa keduanya membawa maksud yang sama.

Tak semua benda boleh jadi gurauan kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...