Ikuti Kami:

“Dia Tak Sesuai” – Ramai Kecewa Ahn Bohyun Dipilih Terajui Drama Adaptasi ‘See You In My 19th Life’

“Dia Tak Sesuai” – Ramai Kecewa Ahn Bohyun Dipilih Terajui Drama Adaptasi ‘See You In My 19th Life’

Belum lagi ditayangkan, namun ramai yang telah meluahkan kekecewaan mereka dengan pemilihan pelakon utama drama adaptasi webtoon ‘See You In My 19th Life”.

Drama ini mengisahkan mengenai kemunculan semula Ban Ji-eum (Shin Hye-sun). Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya raya yang menguruskan WW Entertainment, sebuah agensi hiburan. Namun, dalam kehidupan sebelumnya (kehidupan ke-18), seorang gadis 12 tahun bernama Yun Joo-won bertemu dengan budak lelaki berumur 9 tahun bernama Moon Seo-ha (Ahn Bo-hyun) dan mula jatuh cinta. Malangnya, Yun Joo-won terlibat dalam kemalangan dan dilahirkan semula sebagai Ban Ji-eum pada kehidupannya ke-19. Dia kemudiannya bersatu semula dengan Moon Seo-ha.

webtoon see you in my 19th life

Selepas barisan pelakon utama diumumkan, warganet tidak menyorokkan rasa kecewa mereka dengan pemilihan Ahn Bo-hyun yang dikatakan tidak sesuai untuk membawa watak Moon Seo-ha.

Ini kerana penampilan watak tersebut di dalam webtoon asal dikatakan sangat ramping dan lembut. Moon Seo-ha mempunyai imej seorang yang lemah dan sangat mudah jatuh sakit.

Walau bagaimanapun, Ahn Bo-hyun terkenal dengan imej yang sihat dan gagah perkasa. Dengan ketinggian 187cm, dia memiliki badan yang tegap dan bahu yang lebar. Bukan itu sahaja, pelakon itu juga merupakan bekas petinju.

ahn bohyun

Komen netizen,

Dia tidak memberikan gambaran seorang yang lemah atau cepat jatuh sakit.

 

Imej hero utama sangat berlainan dengan webtoon asal.

 

Mereka memusnahkan naskhah asal.

 

Barisan pelakon ini tak sama langsung dengan naskhah asal.

 

Mereka silap pilih pelakon.

Malah ada segelintir penonton yang mengatakan Shin Hye-sun juga tidak sepandan dengan watak Ban Ji-eun yang dipaparkan dalam webtoon asal.

Mendengarkan pelbagai reaksi negatif ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada “See You In My 19th Life” dapat mengubah persepsi berkenaan selepas ia memulakan tayangan pada separuh awal 2023?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...