Ikuti Kami:

“Dia Tak Pernah Minum Alkohol..” – Park Jinjoo Akui Kagum Dengan Gaya Hidup Yoo Jaesuk

“Dia Tak Pernah Minum Alkohol..” – Park Jinjoo Akui Kagum Dengan Gaya Hidup Yoo Jaesuk

Yoo Jae-suk sememangnya merupakan selebriti yang dihormati ramai dek kesungguhannya dalam bekerja.

Terbaru, pelakon Park Jin-joo telah mengadakan temu bual dengan akhbar di sebuah kedai kopi di Seoul, di mana dia mendedahkan bahawa gaya hidup Yoo Jae-suk membuatkan dia berasa seperti dia juga harus mengubahnya.

Ketika sesi temu bual, Park Jin-joo berkongsi pendapatnya tentang Yoo Jae-suk dengan berkata,

Setiap orang harus mendengar dengan teliti kata-kata Yoo Jae-suk pada setiap masa, kerana banyak daripada mereka adalah sangat penting. Dia seorang yang mempunyai pengaruh besar kepada orang lain juga. Saya rasa dia mampu mengubah hidup seseorang.

yoo jaesuk park jinjoo

Jelasnya lagi,

 Gaya hidupnya mengagumkan saya. Dia menjalani kehidupan yang sangat berdisiplin. Saya selalu seperti ‘Bagaimana dia hidup seperti itu?’. Dia tidur awal dan bersenam setiap hari. Dia juga pulang sejurus selepas penggambaran kami tamat.

Bukan itu sahaja, Park Jin-joo turut mendedahkan bahawa Yoo Jae-suk sering mencuba untuk menjauhkan diri daripada perkara yang memberi kesan negatif kepadanya. Kongsinya,

Dalam perjalanan pulang, dia menjemput anak perempuannya dari tadika dan dia tidak pernah minum alkohol. Wow..Melihat dia menjalani kehidupan yang begitu telah membuatkan saya berfikir bahawa saya juga harus hidup seperti itu.

Yoo Jae-suk memang patut dicontohi ramai.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...