Utama Rancangan Hiburan “Mereka Comel, Tapi..” – Yoo Jaesuk Dedah Sebab Tak Pernah Kongsi Foto...

“Mereka Comel, Tapi..” – Yoo Jaesuk Dedah Sebab Tak Pernah Kongsi Foto Anak-Anak

yoo jaesuk

Baru-baru ini, Jo Jung-suk telah tampil dalam program “You Quiz on the Block” sebagai tetamu.

Dalam siaran tersebut, Jo Jung-suk ada menyebut mengenai lagu hitnya “Aloha” dengan berkata,

Ada ramai kenalan saya menghantar video anak lekaki dan perempuan mereka menyanyi lagu ‘Aloha’. Terdapat banyak versi.

Mendengar perkongsian Jo Jung-suk, Yoo Jae-suk bersimpati kepadanya dengan menyatakan,

Mesti ada lebih dari satu atau dua video jadi, saya rasa mesti sukar untuk awak memberikan reaksi setiap kali.

yoo jaesuk children

Kemudian, Yoo Jae-suk turut menambah bahawa dia tidak menunjukkan foto dan video 2 orang anaknya kepada kenalannya atas sebab,

Saya tidak menunjukkan foto anak-anak saya kepada kenalan saya, melainkan mereka meminta untuk melihat mereka. Sudah tentu gambar itu sangat comel dan cantik bagi saya tetapi, saya tidak fikir orang lain boleh bercakap tentang mereka atau memberikan reaksi kepada mereka pada setiap masa.

Bagi yang belum tahu, Yoo Jae-suk telah berkahwin dengan Na Kyung-eun pada 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBEROsen
Loading...