Ikuti Kami:

“Dia Tak Pernah Menunjuk Tapi..” – Anak Lelaki Yoo Jaesuk Tahu Ayahnya Popular?

“Dia Tak Pernah Menunjuk Tapi..” – Anak Lelaki Yoo Jaesuk Tahu Ayahnya Popular?

Baru-baru ini, Yoo Jae-suk telah tampil dalam saluran YouTube VivoTV sebagai tetamu, di mana dia ada berkongsi cerita mengenai anak lelakinya Yoo Ji-ho.

Dalam siaran itu, Song Eun-yi sebagai pengacara bertanya kepada Yoo Jae-suk,

Adakah Ji-ho pernah bertanya seperti ‘Yoo Jae-suk ialah ayah saya?’

Kongsi pengacara terkenal itu,

Dia tidak berbuat demikian. Kadang-kadang Ji-ho pergi ke luar dan saya tidak fikir dia cuba untuk menyembunyikannya tetapi dia juga tidak menunjuk-nunjuk. Tetapi ada satu ketika, dia memakai baju saya.

yoo jaesuk

Sambung ahli “Running Man” itu lagi,

Agensi saya iaitu Antenna ada memberikan jaket padding. Ji-ho memakainya dan keluar. Dia mempunyai baju yang cantik, tetapi mengapa dia hanya memakai baju yang berlogo? Ada juga baju t-shirt yang diberikan Netflix kepada saya dan dia memakainya ke luar.

Untung Ji-ho ayah dia Yoo Jae-suk tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...