Ikuti Kami:

“Dia Tak Pernah Menepikan Kami” – Penari MV ‘Dreamers’ Kongsi Jungkook BTS Sentiasa ‘Caring’

“Dia Tak Pernah Menepikan Kami” – Penari MV ‘Dreamers’ Kongsi Jungkook BTS Sentiasa ‘Caring’

Kehangatan lagu “Dreamers” masih boleh dirasakan sehingga kini ya!

Baru-baru ini, Jung-kook BTS masih menjadi bualan hangat sejak majlis pembukaan 2022 World Cup. Lagu “Dreamers” juga berjaya meraih kedudukan tertinggi dalam carta iTunes di 102 negara. jungkookMenerusi lagu “Dreamers” itu juga, Jung-kook bukan sahaja meraih pujian daripada peminatnya sendiri dan peminat bola sepak, malah dia turut menerima pujian daripada para penari bagi MV tersebut.

Salah seorang penari, Saguion juga sempat berkongsi bahawa mereka sangat gembira ketika Jung-kook menyertai temu bual bersama saluran media, Filipina Philstar.

Dia sangat baik! Setibanya di set temu bual, kami semua memandang tepat ke matanya dan dia senyum kepada kami. Dia menyambut ketibaan semua penari di set itu dengan baik!

jungkookDia menambah,

Jung-kook sangat bertimbang rasa dan baik. Dia selalu mengucapkan terima kasih kepada kami dan sentiasa memastikan kami semua okay dan tidak terlalu penat. Dia tidak pernah menepikan kami.

Bermula daripada itu juga, Saguion berkongsi bahawa dia kini mula mendengar lagu-lagu Jung-kook.

Bukan muka je handsome tapi hati pun baik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...