Drama popular kini, kesemua pelakon “The Glory” nampaknya semakin mendapat perhatian ramai penonton di seluruh dunia.

Terbaru, lima penjahat dari “The Glory” iaitu Lim Ji-yeon, Park Sung-hoon, Kim Hieora, Cha Joo-young dan Kim Gun-woo telah terlibat dengan penggambaran serta temu bual khas bersama majalah W Korea.
Ketika sesi temu bual, Cha Joo-young berkongsi pengalamannya memainkan watak sebagai Choi Hye-jeong dalam drama tersebut,
Saya berasa kecewa kerana saya tidak dapat mencari rujukan watak untuk peranan saya. Rasa macam nak meletup kepala saya. Selepas banyak merenung, saya membuat kesimpulan untuk hanya fokus pada skrip. Jadi, saya membaca skrip dengan teliti.
Selain itu, Kim Gun-woo yang menghidupkan watak Son myeong-oh, turut berkongsi pengalamannya sambil menyatakan rasa terima kasihnya pada Song Hye-kyo. Dia berkata,
Saya mempunyai banyak adegan dengan Song Hye-kyo, tetapi dia tidak pernah meminta saya berlakon dengan cara tertentu semasa penggambaran.
Jelasnya lagi dengan berkata bahawa dia selesa bekerjasama bersama pelakon “Descendants of the Sun” itu,
Dia hanya akan berkata, ‘Berlakonlah mengikut kehendak awak. Tunjukkan kepada kami apa yang awak telah sediakan untuk watak awak’. Malah pada hari pertama penggambaran, dia membuatkan saya berasa selesa semasa berlakon.
Patutlah ramai suka berlakon dengan Song Hye-kyo..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉