Nampaknya, ramai pelakon mempunyai pengalaman yang baik selepas berlakon dengan Song Joong-ki.
Baru-baru ini, para pelakon “Reborn Rich” iaitu Jo Han-chul dan Tiffany SNSD telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama berkenaan.
Ketika sesi temu bual, Jo Han-chul berkongsi pengalamannya berlakon dengan Song Joong-ki dalam “Reborn Rich” selepas pernah bekerjasama dengannya dalam “Vincenzo” pada tahun lepas. Sebaik sahaja wartawan menyebut nama Song Joong-ki, Jo Han-chul terus berkata,
Joong-ki adalah seorang yang hebat. Sejujurnya dia sangat hebat. Dia ialah bintang yang sangat popular yang disukai ramai orang di dalam dan luar Korea. Beberapa bintang terkenal sukar untuk didekati, tetapi Joong-ki adalah bertentangan dengan mereka. Dia tidak pernah bermegah tentang menjadi ‘Song Joong-ki, salah seorang pelakon Korea yang paling popular’. Sebaliknya dia seorang yang mudah mesra.
Kongsinya lagi mengenai peribadi Song Joong-ki ketika di set penggambaran “Reborn Rich”,
Walaupun sibuk di set penggambaran, Joong-ki sentiasa melakukan yang terbaik. Dia sentiasa melihat di sekeliling untuk memastikan semua orang baik-baik saja.
Bukan sahaja Jo Han-chul, Tiffany yang melakukan debut pertamanya dalam drama tersebut, turut berkongsi betapa kuatnya sikap kepimpinan Song Joong-ki ketika di set,
Dia sentiasa berharap semua orang boleh muncul dengan cantik di skrin. Saya benar-benar terharu dengan itu. Saya adalah satu-satunya wanita dalam pasukan Miracle. Setiap kali saya melakukan penggambaran individu, dia muncul dengan reflektor dan membantu saya dengan lakonan saya. Dia selalu berkata, ‘Rachel, buat apa sahaja yang kamu mahu’. Suasana di set itu sungguh nyaman.
Patutlah ramai yang mengidolakan Song Joong-ki.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.