Siapa yang memang layan program hiburan Korea pastinya tahu bahawa Jo Se-ho sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan semua ahli “Running Man” termasuklah Ji Suk-jin.
Namun dalam siaran terbaru “Running Man”, Ji Suk-jin ditanya sebab dia tidak menghadiri majlis perkahwinan Jo Se-ho pada minggu lalu. Jelasnya mengapa,
Saya dah hubungi Jo Se-ho. Ia adalah urusan negara. Saya ada sesuatu perlu dilakukan di Sangam-dong.
Soal Kim Jong-kook,
Awak pergi tonton perlawanan bola sepak ke?
Jawab Ji Suk-jin lagi,
Tidak. Saya ada kawan yang sangat rapat, Kim Yong-man. Kami bekerja untuk saluran bola sepak bersama dan dia meminta saya untuk merakam video YouTube dengannya. Jadi, saya pergi. Se-ho ada 900 tetamu kan? Kalau saya tak pergi pun, dia takkan perasan. Yong-man akan perasan kalau saya tiada kat sana.
Semoga Jo Se-ho tak ungkit balik lah nanti!