Baru berkahwin 3 hari yang lalu, Jo Se-ho dan isteri nampaknya terus pergi berbulan madu.
Pada 20 Oktober, Jo Se-ho telah berkahwin dengan isterinya yang bukan seorang selebriti di Seoul. Majlis perkahwinan mereka juga telah disambut meriah dengan kedatangan ramai selebriti.
Terbaru pada 23 Oktober, foto pasangan pengantin baru itu yang sedang berbulan madu di Eropah telah tular dalam talian, menarik perhatian ramai.
Selain suami isteri itu memakai baju yang sepadan, perhatian juga rata-rata tertumpu kepada susuk tubuh isterinya yang nampak tinggi dan langsing, persis seperti seorang idola.
Sementara itu, difahamkan bahawa isterinya adalah 9 tahun lebih muda dari Jo Se-ho dan mempunyai ketinggian mencecah 175cm.