Bukan sahaja seorang selebriti berbakat malahan Lisa BLACKPINK turut diminati ramai kerana peribadinya yang disenangi.

Baru-baru ini, Lisa telah memuat naik beberapa foto baru di laman Instagramnya, berkongsi kepada peminat momennya ketika berada di Paris pada minggu lalu.
Menarik perhatian, dalam salah satu hantaran yang dikongsi, Lisa menunjukkan gambar stoking kaki yang dipakainya, yang telah pun koyak di bahagian ibu jari.
Meskipun sudah bergelar sebagai bilionair, dengan pengikut hampir mencecah 100 juta di Instagram, wanita itu nampaknya tidak malu untuk berkongsi kehidupannya yang ternyata serupa seperti orang lain dan sentiasa merendah diri.
Menerusi media sosial, netizen telah meninggalkan komen seperti,
Awak mempunyai wang yang banyak tetapi stoking awak pun berlubang.
Dia tidak malu untuk menunjukkannya.
Lisa memang seorang yang rendah hati.
Kami akhirnya mempunyai persamaan dengan Lisa iaitu lubang di stoking kami.
Comel je Lisa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.