Walaupun sibuk dengan jadual seni, sepertinya Hyunbin dan Son Ye-jin masih lagi mempunyai masa untuk melakukan aktiviti bersama.
Terbaru, pelakon wanita itu telah berkongsi gambarnya di padang golf dan berkongsi yang dia bakal muncul dalam saluran YouTube ‘Im Jihan’s Class’,
Saya perlu memperbaiki diri buat masa ini tapi agak sukar untuk melakukannya. Jadi saya membanting tulang dan berlatih secepat mungkin tapi saya tak boleh..
View this post on Instagram
Tambahnya lagi,
Apa pun, saya menyuruh suami untuk menangkap gambar tapi dia hanya fokus pada jalanan~~~
Dalam foto itu, Son Ye-jin dilihat tersenyum lebar sambil berpakaian lengkap untuk bermain golf. Peminat juga terhibur melihat kemahiran fotografi Hyunbin yang dibebelkan Seo Ye-jin.
Dalam pada itu, Son Ye-jin mengahwini Hyunbin pada 22 Mac tahun lalu dan melahirkan anak beberapa bulan lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.