Ikuti Kami:

“Comel Gebu” – Son Yejin Tanpa Sengaja Dedah Wajah Anak Lelaki?

“Comel Gebu” – Son Yejin Tanpa Sengaja Dedah Wajah Anak Lelaki?

Seperti biasa, artis Korea sentiasa cuba menyembunyikan keluarga mereka supaya tidak mendapat perhatian ramai.

Sama seperti Hyunbin dan Son Ye-jin yang turut memilih untuk menyimpan wajah anak sulung mereka dari pengetahuan umum. Pun begitu, sepertinya pelakon wanita itu tanpa sengaja telah mendedahkan wajah anaknya tersebut.

Semasa pulang dari Perancis, kesemua wartawan dan peminat dilihat mengerumuni Son Ye-jin. Semasa melambai dan menyapa orang di sekelilingnya, dia tanpa sengaja tertayang skrin hadapan pada telefom bimbitnya.

Walaupun kualiti gambar itu tidak berapa jelas namun peminat menebak gerangan bayi dengan wajah comel dan tembam yang dijadikan wallpaper itu sebagai anak pasangan berkenaan.

son yejin son

Mengimbau pendedahan Hyunbin mengenai anaknya dalam satu temubual sebelum ini,

Anak saya sepertinya mewarisi sedikit dari ayah dan ibunya. Saya dengar wajah bayi akan banyak berubah apabila mereka membesar, jadi saya tak pasti dia lebih menyerupai saya atau si ibu.

Tak sabar nak tunggu Son Ye-jin dan Hyunbin dedah wajah anak mereka sendiri.

*pihak KimchiDaily tidak mendedahkan wajah anak Son Ye-jin atas sebab privasi

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...