Ikuti Kami:

“Nak Menangis” – Pertama Kali Tinggal Anak Kerana Kerja, Son Yejin Luah Perasaan

“Nak Menangis” – Pertama Kali Tinggal Anak Kerana Kerja, Son Yejin Luah Perasaan

Tak sangka Son Ye-jin yang merupakan pelakon wanita kesayangan ramai sudah pun bergelar ibu kini.

Terbaru, isteri kepada Hyunbin itu telah menghadiri acara fesyen Valention bagi koleksi musim panas dan sejuk 2023 di Istana Chantilly di Paris, Perancis.

Lebih menarik perhatian, ini merupakan pertama kali Son Ye-jin kembali bekerja selepas bersalin. Luahnya di Instagram,

Ianya sejuk sampai rasa nak menangis.. Acara haute couture Valentino yang seperti filem.

son yejin

Dalam bahasa Inggeris, luahnya,

Acara hari ini sangat menawan. Saya sangat tersentuh.

Dalam pada itu, Son Ye-jin berkahwin dengan pelakon Hyunbin pada Mac lalu dan melahirkan anak lelaki pada November.

Selepas itu, pelakon wanita berkenaan memilih untuk memberikan fokus penuh pada anak sulungnya dan pertama kali muncul di acara rasmi ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...