Nampaknya, isteri kepada pelakon Shim Hyun-tak jadi perhatian lagi!
Baru-baru ini, Shim Hyung-tak telah menjadi tetamu dalam rancangan “MBC Where is My Home”.
Dalam rancangan itu, Yang Se-chan telah menyebut bahawa bakal isteri Shim Hyung-tak kelihatan mirip seperti Jung-kook BTS. Kemudian, Shim Hyung-tak memberi respon sambil ketawa,
Isteri saya, hanya suka BTS. Dia paling suka Jung-kook. Apabila Jung-kook pakai cermin mata, dia tiba-tiba pakai cermin mata juga.
Selepas itu, Shim Hyung-tak turut memberitahu bahawa bakal isterinya tidak boleh tidur selepas Jung-kook menyebut namanya ketika siaran langsung yang dilakukannya.
Alalala comel betul!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉