Ikuti Kami:

“Dia Suruh..” – Meski Banyak Babak Ranjang, Hani EXID Akui Terajui ‘Fantasy Spot’ Dek Galakan Kekasih

“Dia Suruh..” – Meski Banyak Babak Ranjang, Hani EXID Akui Terajui ‘Fantasy Spot’ Dek Galakan Kekasih

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun Hani EXID menjalinkan hubungan cinta bersama pakar psikiatri popular, Yang Jae-woong.

Dalam sebuah temubual rasmi, wanita itu yang turut aktif dengan nama sebenar Ahn hui-yeon apabila berlakon telah berkongsi pelbagai cerita mengenai karier dan kehidupan peribadi.

Akui Hani, dia merupakan seorang yang jarang berkongsi mengenai hal kerja dengan teman lelaki mahupun keluarga sendiri,

Selepas ‘Samal’, saya menyertai ‘Fantasy Spot’. Sebab saya memilih untul berlakon watak itu adalah kerana teman lelaki saya berkata, ‘Awak kelihatan gembira apabila berlakon watak yang seakan sama dengan awak’. Itu antara sebab terbesar saya memilih untuk membintanginya.

ahn huiyeon

Jelasnya lagi,

Semasa berfikir sama ada ingin menerimanya ataupun tidak, teman lelaki saya berkata ‘Wataknya sama dengan awak, bagus juga kalau awak melakukannya’. Saya sering gusar memikirkan mengenai watak dan sepertinya dia perasan hal itu.

Hani turut bersetuju bahawa watak di dalam “Fantasy Spot” agak mirip dengannya dan nasihat Yang Jae-woong merupakan sebab utama dia mahu menyertai drama itu.

hani yang jaewoong

Walaupun ayahnya meminta dia agar segera berkahwin namun Hani menolak dan mengatakan bahawa dia dan Yang Jae-woong masih belum terfikir untuk berkahwin lagi kini.

Untunglah ada kekasih memahami.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...